Monday, September 26, 2005

k.Keadaan-keadaan dharurat yang mengharuskan melihat:

Sebelum ini, telah pun diputuskan bahwa tiada harus bagi lelaki melihat kepada seorang wanita asing, walaupun dia buruk, tiada diingini, sama ada melihat itu denagn ayahwat ataupun tanpa syahwat, iaitu disebabkan umumnya firman Allah Ta’ala:

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, supaya menahan penglihatan mereka dan menjaga kehormatan mereka…”
(An-Nur: 30)
Begitu pula dengan Hadis Nabi yang berbunyi :
“Palingkanlah pandanganmu!”

Akan tetapi boleh dikecualikan dari pandangan itu, dalam hal berlakunya beberapa keadaan dharurat, ataupun perkara-perkara yang datang mendadak, kami sebutkan semua itu berikut:

1. Melihat dengan niat hendak meminang: (Adab melihat kepada tunangan):
Syariat Islam membenarkan orang yang mahu meminang melihat kepad aoran gyan gbakal dipinangnya. Demikan pula yang dipinang boleh melihat kepada oran gyang meminangnya, agar kedua belah pihak merasa puas hati tentang pemilihan kongsi hidupnya. Perkara ini berasal dari sabda Nabi s.a.w kepada Al-Mughirah bin Syu’bah:

“Lihatlah kepadanya (perempuan itu), sebab yang demikian itu akan mengekalkan (kasih-sayang) antara kedua kamu.”
(Riwayat Muslim)

Muslim dan An-Nasa’I telah meriwayatkan, bahwasanya seorang lelaki datan gkepada Rasulullah s.a.w lalu memberitahunya, yang dia telah berkahwin denagn seorang wanita Anshar, Maka baginda bertanya: Apakah kau telah melihatnya? Jawabnya: Tidak! Berkata baginda lagi: Lihatlah kepadanya, kerana orang-orang Anshar itu ada yang matanya kecil.

Tetapi dalam hal melihat wanita yangbakal dipinang itu, ada adab-adab yang mesti diambil berat oleh di peminang itu.

1. Si peminang tidakharus melihat, kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan saja, yakni sesudah dia ingin menikahinya.
2. Harus dia melihat berulang kali, kiranya perlu, supaya gambaran orang yang akan dipinangnya melekat di dalam pemikirannya.
3. Harus dia berbicara kepadanya, dan yang perempuan pula boleh berbicara kepada yang lelaki di dalam majlis peminangan dan perkenalan.
4. Tidak harus berjabat tangan dengan wanita yang dipinannya, kerana dia masih dikira orang asing, selama belum dijalankan akad nikah antara keduanya. Tangan wanita asing tidak boleh dijabat, sesuai dengan sebuah sabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aisyah r.a katanya:

“Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang wanita assign sama sekali dalam bai’at. Adapun bai’at kaum wanita hanya dengan lisan semata.”

5. Tidak harus kedua lelaki dan perempuan bertemu, melainkan dengan wujudnya salah seorang mahram wanita yang dipinangnya, sebab Islam melarang keras penyendirian wanita asing: iaitu sebagaimana bunyi sebuah sabda yan gdriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim berbunyi:

“Awaslah, jangan ada seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, dan jangan sampai seorang wanita belayar, kecuali ada bersamanya seorang mahramnya.”

Di sini harus kami memberi ingat, bahwa apa yang tersebar tentang berita-berita yagn membolehkan si peminang bercampur gaul dengan bebas kepada wanita yang dipinangnya, tanpa batas atau syarat, di atas dakwaan kononnya supaya mereka kenal mengenal tentang akhlak si lelaki atau si perempuan.. sesungguhnya semua itu adalah larangan dalam Islam. Malah Islam memerangi dakwaan itu, disebabkan dia bertentangan
Dengan serendah-rendah prinsip akhlak dan budi pekerti. Sebab percampurgaulan ini akan merosakkan nama baik wanita yang dipinang lebih daripada nama baik lelaki yang meminang. Kemungkinan sekali perkahwinan mereka dibatalkan, maka ketika itu si wanita itu akan terdedah untuk tikaman orang ramai, dan menjadi bualan yang tidak baik oleh mereka. Akhirnya nanti tidak ada orang lain yang mahu meminangnya lagi, dan jadilah ia sebagai barang yang tidak laku di dalam pasaran.

Dari segi yang lain pula, percampurgaulan yang berdosa ini tidak akan membawa sesuatu kesan yang baik, sebab setiap seorang di antara lelaki dan wanita tdi tidak akan melahirkan sifatnya yang benar terhadap yang lain, dan menjadilah semua itu sebagai pura-pura semata. Betapa kerap yang kita dengar dari lelaki dan perempuan yang mengambil tempoh beberapa tahun dalam pertunangan untuk berkenal-kenalan. Kemudian tidak berapa lama sesudah mereka berkahwin, berlaku pertikaman lidah, yang kemudiannya membawa kepada perceraian. Jadi, di manakah yangdikatakan perlunya perkenalan ketika dalam pertunangan? Ingatlah perkara ini, siapa yang mahu mengambil ingatan!

2. Melihat dengan niat mengajar: Harus melihat kepada wajah wanita asing yang tidak bersolek dengan niat untuk mengajarnya dengan syarat-syarat berikut:

• Hendaklah ilmu yang dituntutnya perlu dalam kacamata syara’ yang akan memperbaiki agama dan dunia si pelajar itu.
• Hendaklah ilmu yang diajarkan itu khusus untuk keperluan kaumnya, seperti pembelajran liku-liku cara menjaga pesakit-pesakit dan cara melahirkan anak.
• Hendaklah si guru tidak bimbangkan fitnah ketika melihat wajahnya.
• Pembelajaran itu tiada berlaku sendirian antara guru dengan pelajar wanita itu saja.
• Hendaklah pada ketika itu tiada guru-guru wanita yang boleh mengambil tempat guru lelaki.

Tiada syak lagi, bahwa Islam apabila meletakkan syarat-syarat ini, bermaksud untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersih suci, tiada dikelilingi oleh syubhat, atau ditujukan kepadanya tuduhan, sehingga si pelajar wanita itu terpelihara berdih, tiada disentuh oleh tangan denagn dosa, ataupun dipandang oleh mata dengan khianat.

Alangkah benar sekali firman Allah yang berbunyi:

“Yang demikian itu, mereka (wanita-wanita itu) lebih patut dikenal, dan tiada diganggu.”
(Al-Ahzab: 59)
3. Melihat dengan niat hendak mengubati: harus seorang doctor melihat wanita asing di tempat-tempat dia mahu mengubatinya. Dalilnya ialah sebuah Hadis yang meriwayatkan oleh Muslim daripada Ummi Salmah r.a bahwa beliau meminta izin kepada Rasulullah s.a.w untuk berbekam, maka baginda telah menyuruh Abu Taibah untuk membekamnya.

Pengubatan doctor kepda wanita asing itu tiada harus melainkan dengan beberapa syarat:
• Hendaklah doktor itu seorang yang soleh, boleh dipercayai, kelakuannya terkenal baik, dan mempunyai ilmu tentang penyakit yang akan diubati serta mahir padanya.
• Hendaklah tiada membuka dari anggota wanita pesakit itu, melainkan sekadar yang perlu saja, itu pun tika perlu dilihat.
• Hendaklah pemeriksaan itu disaksikan oleh seorang mahram, atau suami wanita itu, ataupun wanita lain yang boleh dipercayai, seperti ibunya, atau saudara perempuannya, atau tetangganya.
• Hendaklah doktor itu bukan seorang yang kafir, selama masih ada doktor yang muslim.

Apabila cukup semua syaray-syarat ini, maka haruslah seorang doktor itu melihat, atau menyentuh anggota yang terdapat padanya penyakit, sebab Islam adalah agama yang memelihara manusia dari dosa, serta mendatangkan bagi mereka maslahat dan kemudahan.
Dasarnya ialah firman ini:

“Dan tiadalah Dia (Allah) menjadikan di dalam agama itu kesempitan.”
(Al-Haj: 78)
“Allah inginkan bagi kamu kemudahan, dan tiada inginkan bagi kamu kesusahan.”
(Al-Baqarah: 185)

4. Melihat denagn niat perbicaraan dan penyaksian:Harus bagi seorang hakim dan saksi melihat kepada seorang wanita assign pada wajah dan kedua belakang tangannya saja, kendatipun mereka bimbangkan fitnah. Sebab di sini si hakim dan saksi itu hendaklah memutuskan hak dan menolak kezaliman. Hanya harus dilihat kepada wanita asing itu di sini, kerana dia bertutup muka, sukar untuk dikenal oleh si hakim dan si saksi itu. Maka hendaklah wanita itu membuka mukanya pada ketika itu untuk dilihat dan dikenal, bahwa dialah wanita yang dimaksudkan, agar perkaranya tiada terkeliru, dan supaya hak orang tiada terceroboh di dalam masyarakat.
Semua ini menunjukkan bahwa Islam itu adalah agama yang praktikal di kehidupan dunia ini. Dia adalah agama yang menjaga maslahat orang ramai, dan memelihara hak-hak mereka. Firman Allah:

“Dan siapa lagi yang lebih baik hukumny daripada Allah bagi kaum yang yakin.”
(Al-Maidah: 50)

Di sini saya ingin membawa suatu ceria sejarah yang berkesan, agar dikenal oleh kaum lelaki wanita kita, betapa cemburunya para salaf salih terhadap agamanya, dan betapa mereka cuba mengelakkan membuka wajah wanita di hadapan lelaki, kendatipun dalam hal membukanya diharuskan oleh syara’. Ceritanya begini:

Pada abad ketiga hijrah, Musa bin Ishak, hakim daerah Riyi dan Ahwaz, sedang bersidanf untuk memutuskan perkara yang berbicara kepadanya. Di antara perkara yang hendak dibicarakan, iaitu seorang wanita telah mendakwa suaminya, bahwa dia terhutang sebanyak 500 dinar sebagai maskahwinnya yang belum dilunaskan lagi. Sang suami mengingkari dakwaan itu, seraya menyatakan bahwa dia tiada berhutang apa pun kepada isterinya.

Berkata hakim kepada sang suami: Bawalah saksi-saksi anda!
Jawab suami: Saya ada saksi.

Maka tuan hakim memanggil salah seorang saksinya, seraya berkata kepadanya: Sekarang lihatlah wajah isteri orang itu untuk kau menunjuknya dalam penyaksianmu nanti.
Si saksi pun pergilah kepada istei orang itu, seraya berkata kepadanya: Marilah ke sini, aku hendak melihat wajahmu!
Sang suami bekata: Apa yang kau hendak daripada isteriku itu.
Dia beritahu: Si saksi ini mesti melihat kepada wajah isterimu yang bertutup muka ini, supaya dia kenal wajahnya.

Rupa-rupanya sang suami itu tidak mahu isterinya dibukakan mukanya untuk dilihat oleh para saksi di hadapan orang ramai. Dia lalu mengangkat suaranya kepada tuan hakim: Baiklah tuan hakim! Biar saya mengaku berhutang maskahwin yang dituntut oleh isteriku itu, asalkan dia tidak membuka wajahnya di hadapan orang ramai.

Apabila sang isteri mendengar kata-kata suaminya yang tiada redha wajahnya dilihat oleh para saksi, dan bahwa suaminya mengambil berat tentang dirinya, dia merasa terharu, seraya berkata kepada tuan hakim itu: Wahai tuan hakim! Saksikanlah bahwa saya telah maafkan maskahwin itu dari suamiku, dan saya bebaskannya dari membayar maskahwin itu di dunia dan di akhirat!

Ujar tuan hakim itu kepada orang ramai yang ada di sekelilingnya: Catitkanlah peristiwa ini di dalam ingatan kamu mengenai budi-pekerti yang luhur.
Maka adalah wajar sekali atas setiap pendidik untuk memerhatikan adab-adab Isalam dari soal penglihatan, sama ada mengenai: Adab melihat kepada mahram, adab melihat kepada wanita yang dipinang, adab suami melihat kepada isterinya, adab wanita melihat kepada lelaki, adab wanita melihat kepada wanita, ataupun tentang adab melihat kepada wanita kafir atau wanita muslimah, ataupun adab melihat atas sebab pembicaraan dan penyaksian.

Pada ibu-bapa dan pada pendidik harus memerhatikan semua adab-adab ini seta mengambil berat tentang perlaksanaannya ke atas anak-anak mereka supaya mereka menjadikannya sebadai contoh amali di dalam kelakuan mereka sehari-hari, andaikata para ibu-bapa dan pandidik itu memang inginkan bagi anak-anak itu akhlak yang mulia, peribadi Muslim yang tinggi. Allah s.w.t tidak akan mendia-siakan usaha mereka, tidak akan mengurangi pahala dan ganjraran mereka pada hari tiada berguna harta dan anak-pinak.


Di petik dari buku :” Pendidikan Anak –Anak Dalam Islam”
Abdullah Nasih Ulwan.
Pustaka Nasional.


Selamat berpuasa.. :)

No comments: